Ads

Membuat 3 Kolum Template Blog

15 Oktober 2009

Pertanyaan dari sahabat kita bagaimana hendak membuat blog yang mempunyai 3 kolum seperti blog aku http://perwiraangkasa.blogspot.com. Kali ini aku ingin berkongsi tips bagaimana hendak membuat 3 kolum bagi pengguna blog. Apa yang anda saksikan pada blog ini merupakan template yang menggunakan 2 kolum sahaja. Bagi pembaca yang belum mempunyai blog, anda boleh membinanya sendiri dengan mudah. Pertama sekali anda mestilah mempunyai akaun dengan mendaftar secara percuma di google. Kalau anda tidak beberapa faham bahasa inggeris, bahasa melayu juga disediakan bagi memudahkan anda mengikuti langkah-langkah yang perlu anda ikuti. Berbalik kepada blog yang mempunyai 3 kolum, perlu diingat, sebarang perubahan pada blog anda akan mengakibatkan beberapa 'widget' anda akan hilang seperti jumlah hits, online, time dan sebagainya. Mungkin di lain posting aku akan berikan tips bagaimana membuat perubahan pada blog tanpa menghilangkan widget tersebut disebabkan kesibukan aku mengalahkan menteri. Ikuti langkah-langkah di bawah dengan berhati-hati. Pertama sekali cuba cari template blog di google. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.Template kegemaran aku pula boleh didapati di sini secara percuma. Kod yang digunakan biasanya dari jenis HTML. Anda perlulah downloadkan mana-mana template yang menjadi kegemaran anda dan simpan(save) di komputer anda. Sign In blog anda seperti biasa. Kemudian pergi kepada Layout>Edit HTML. Perlu ditekankan di sini sila simpan template asal blog anda dengan menandakan(tick) pada Download Full Template bagi mengelakkan sebarang masalah pd blog anda. Pilih Browse>uploadkan file yang anda downloadkan tadi dan tekan upload>Save. Anda boleh klik preview untuk melihat perubahan yang telah dilakukan pada blog anda. Selamat mencuba - Sebarang kemusykilan boleh berhubung melalui hp (0123035600). Sumber ihsan: Onemaliki7078

0 Comments:

Catat Ulasan

Ulasan/Komen