Ads

Sejarah Pesawat Lang Rajawali TUDM

23 Ogos 2009



Tentera Udara DiRaja Persekutuan (pada masa itu) mula mengembangkan sayapnya di angkasa dengan ketibaan pesawat pertamanya jenis Twin Pioneer pada 17 April 1958. Sebanyak 12 buah pesawat telah dibeli. Pesawat yang pertama itu berharga RM400,000 adalah merupakan hadiah daripada Kerajaan British (Sayangnya British kat kita). Ini ialah dari sejumlah RM328 juta yang diperuntukan kepada Angkatan Tentera Persekutuan.


Pesawat itu diserahkan kepada Tengku Yaacob selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di United kingdom. Upacara bersejarah itu dijalankan di Lapangan Terbang Prestwick, Ayshire, Scotland. Pesawat pertama telah diterbangkan ke Tanah Melayu oleh Flt Lt G A Charles yang kemudiannya menjadi Ketua Skuadron Pertama.

Setibanya di Pangkalan RAF di Kuala Lumpur (sekarang KL Base), pesawat tersebut disambut oleh Dato Abdul Razak dan Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan. Beliau selaku Menteri Pertahanan pada masa itu dengan resminya menerima pesawat terbabit.

Pada 24 Apr 1958, Perdana Menteri Persekutuan, Tunku Abdul Rahman telah menepung tawar pesawat itu dan kemudianya menamakan Lang Rajawali.

0 Comments:

Catat Ulasan

Ulasan/Komen