Ads

CORETAN SKOT

12 Ogos 2009

6785 ipoh mali
Bagai sirih pulang ke ganggang
Dari sebuah kg aku menuju ke bandar batu pahat dan seterusnya ke kluang johor. Jam 0025 aku menaiki keretapi menuju ke ipoh. Keretapi masa itu elok sedikit dari keretapi yang membawa buruh paksa ke thailand. Dalam perjalanan ramai aku lihat anak-anak muda membawa beg dan sampulsurat besar. Dalam hatiku berkata mugkin orang ni nak gi Ipoh. Di antara anak-anak muda itu ialah Liza (kluang) sekarang kat Jugra, Iskandar, Ayob Kordi, king dan rosli(bersara). Tapi masa tu tak nal lagi kecuali Iskandar dan Ayob. Keretapi transit di Kl sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh. Dalam perjalan ke ipoh terdengarlah suara ais manis, ais manis dalam setiap perhentian. Keretapi sampai ke ipoh jam 1240. Aku disambut dengan 3 ton menuju ke PLR Ipoh. Dari situlah karier aku sebagai anggota TUDM bermula. Kini menghampiri 20 tahun berkhidmat aku menjejakan kaki ke ILTU Ipoh dan bukannya dipanggil PLR lagi. Sebaik menjejakan kaki di pintu pagar ITU Ipoh aku nampak padang kawat yang sedang memerhatikan aku. Teringat aku disitulah aku makan kuih gulung balik dari sembahyang jumaat angkara sahabat kita yang makan cendul. Untuk makluman scot mamak yang jual cendul tu ada lagi tapi yang meniaga mungkin anak atau cucunya. tempat yang pertama aku tuju sebaik masuk ke Itu Ipoh adalah blok penginapan ku. Tapi malang semuanya tinggal memori, yang ada hanyalah bangunan batu yang tersergam. Hanya dua sahaja banguanan yang boleh di jadikan memori iaitu Amra dan dobi. Tapi nyonya dan apek tua yang kerja dobi dah tak da mungkin dah mangkat. ILTU ipoh sudah banyak berubah baik dari segi fasarana dan juga pentadbiran dan latihan. Taklah zaman kita dahulu zaman jahiliah pakai PT bodoh. Pramuda sekarang tanya PT bodoh pun mungkin tak tahu. Tidak lagi kelihatan pramuda bergulung pergi dan balik makan. zaman dah berubah . Aku dulu blok 69 blok komando. Bulan ke3 orang dan berkawat blok 69 masih bergulung. penamat gulung dari pagar padang hoki bawah sampailah ke mes pegawai.Kepada semua anggota blok 69 dan scot semua selamat bertugas dan selamat menempuhi alam persaraan yang tak lama lagi. bagi yang menyambung 25, selamat bertugas dan sukses selalu. mngkin ramai scot tak kenal saya, sebab dulu saya taklah gelamur macam 5 guru, jamal adullah, penat berjalan , mata , kangkung dsb.Kepada scot semua saya minta ampun dan maaf sekiranya saya ada membuat kesalahan dan halalkan segala makan minum selama mana kita bersama dari 23 julai 1990 sehinggalah akhir hayat terutama pada mereka yang saya sebutkan nama samaran diatas. bukanya apa hanya sekadar mengimbau memori lalu. Wassalam