Ads

Jom borak dengan Skype

22 Oktober 2009


Yahoo Messengger(YM) biasanya amat popular dikalangan pengguna untuk berchatting selain MSN, ICQ, Google Talk, MySpace, dan Facebook. Tahukah anda bahawa Skype adalah lebih popular dari YM?. Pada ruangan kali ini aku akan berkongsi sedikit post berkaitan dengan Skype.

Apa itu skype?

Skype adalah aplikasi VOIP (Voice Over Internet Protocol) atau dengan bahasa pasarnya 'cakap macam dalam telefon tapi guna line internet'.

Apa kelebihannya?
Ianya free of charge. Lagi bagus dari telefon sebab boleh video conference. Setahu aku, ianya lagi bagus dari Yahoo Messenger mahupun MSN. Aku selalu guna Skype ni untuk berkomunikasi dengan kawan dari dalam dan luar negara. Sangat efektif dan produktif sebab kita rasa macam orang tu ada di depan mata kita. Kualiti videonya juga baik.

Cara guna Skype:
Bahan-bahannya
Tak payah beli bawang, serai atau lain-lain cuma PC, Speaker, Camera ataupun alternatifnya laptop yang dah ada build inn Camera speaker dan Mic.

Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan di atas. Testing speaker dan mic secukup rasa. Jangan sampai hangit.

Pergi ke website skype: atau klik di sini http://www.skype.com/
Download dan install.

Lepas install anda akan boleh buka skype seperti ini:
Cari rakan atau nama nickname perwiraangkasa atau nyormuda (contoh nickname aku...ha..ha..) atau sesiapa pun. Add dalam list friend. Lepas tu boleh call dengan click logo telefon tu. Nanti anda akan dengar bunyi nada macam telefon tut....tut... Apa lagi orang belah sana pun angkatlah. Ataupun jika anda tidak menggunakan phone, anda boleh berborak dengan menghantar message sahaja. Pastikan pada bahagian file, anda perlu letakkan change online status. Jika tidak, message 'panas' akan menyusup masuk. Pada bahagian contact, anda boleh search sesiapapun di atas muka bumi ini dan anda boleh pilih dengan kemahuan anda sendiri termasuk dari negara/negeri mana, nak cari perempuan @ lelaki, umur dan lain-lain lagi.

Adalah baik sekiranya kita setkan appointment dalam email sebelum berkomunikasi guna Skype supaya masa dapat adjust. Contohnya Kalau waktu di tempat aku lahir Mesir (hu..hu..) pukul 8 pagi, kat Malaysia mungkin baru lepas tengah hari.

Kesimpulan
Guna Skype memang berbaloi . Hampir tiada kos bahkan service dan kepuasan 100 kali lagi best. Seluruh dunia dah guna Skype ni, baik untuk business, sesama kawan mahupun keluarga, sebenarnya cuma kita je yang tak guna sebab kita tak tahu.

Hebatnya Skype ni hingga Google dan Microsoft pun nak beli tapi tak sure diorang dapat beli ke tak.

Kalau tak faham macamana nak guna boleh reply dalam ruangan komen aku di http://perwiraangkasa.blogspot.com. Insya Allah nanti aku terangkan cara-caranya dgn lebih detail.

Selamat mencuba. Sumber ihsan: onemaliki

7 Comments:

Julia said...

Terima kasih atas penerangan

Tanpa Nama said...

T/kasih atas perkongsian ilmu!

Atehzainie said...

Cayok..Jom add..Atehzainie..

hasnita said...

salam
nape sy guna video call tp screen saya warna hijau..default view...kwn x nmpk saya tp sy nmpk dia...silap mana ye...tq

Tanpa Nama said...

Skype ny ad video call jgk kan? Kenapa tak boleh nampak ye?

Tanpa Nama said...

mcm mna nk guna vidio call erk?

Unknown said...

terima kasih for the info.skrg aku dh tau

Catat Ulasan

Ulasan/Komen